Monday, August 24, 2009

Noktah cinta

Bab 1

“ Ini adalah yang terbaik .... yang Rif dapat fikirkan. ... hubungan kita walaupun disulami dengan debunga cinta tapi ... kita tak sefahaman. Setiap kali kita bertemu, kita pasti bertengkar. ...,”

“ Stop it, Zarif !! I don’t mind. If you want it, just do it. I don’t need your explaination,”

“ What do you mean ? .. don’t you love me ? Or you have any special in your life ?”

“ ....,”

Amy Shafiqah mengeluh perlahan.

“ Bye .. enjoy your life and find other special person in your life. .. em .. okey... I have something to do. Sorry for everything,”

Amy Shafiqah meletakkan gagang telefon pejabat perlahan-lahan.

Bahunya terinjut-injut. Air matanya mengalir deras tanpa disedari. Dia menangis sepuas-puasnya.

Kisah cintanya baru sahaja berakhir sebentar tadi.

Kenangan bersama si jantung hati dikenang.

Indahnya saat itu andai dapat diulang kembali.

Pintu biliknya diketuk berkali-kali.

Cepat-cepat, dia menyeka air matanya. Mukanya dilap dengan beberapa helaian tisu dengan perlahan-lahan. Baju kemejanya diperbetulkan. Rambutnya diselak ke tepi telinga. Menampakkan raut wajahnya yang jelita.

Amy Shaqirah menarik nafas.

“ Masuk,”

Haniza melangkah masuk seraya menghulurkan sebuah fail kepadanya.

“ Apa ni ?” Amy Shafiqah menyoal.

Tidak mengerti maksud kehadiran setiausahanya itu.

“ Farida Holding mendakwa syarikat kita membekalkan produk makanan yang sudah hampir tarikh luput kepada pihak mereka. Jadi, mereka mahu menyaman Paradize holding,” Haniza memberi keterangan.

“ Mereka mendakwa yang kita bekalkan produk makanan yang sudah hampir tarikh luput ? Apa yang mereka dakwa ni ? Panggil Asraf jumpa saya sekarang ?”

“ Baiklah, Cik Amy,”

Haniza segera keluar.

Apa yang dah berlaku ni ? Tiba-tiba, saja Farida Holdings buat hal !!

“ Asraf, bos panggil kau,” Haniza memberitahu.

Asraf, ekskutif pemasaran kehairanan.

“ Cik Amy nak apa ? Aku sibuklah sekarang ni,”

“ Manalah aku tahu. Kau pergilah jumpa dia sekarang. Aku tengok angin dia tak baik hari ni. Lebih baik kau pergi jumpa dia secepat yang mungkin. Kalau tak, ... tahu-tahulah kau nanti,”

Yalah-yalah. Perempuan ni memang kalau jumpa aku mesti nak marah-marah. Tak boleh ke cakap baik-baik,”

“ Tak baik kau mengutuk Cik Amy macam tu. Walaupun Cik Amy begitu tapi hatinya baik,”

“ Dah, dah. Perempuan memang menyusahkanlah. Lebih senanglah kalau berurusan dengan En Zarif,”

Asraf bangun dari kerusinya.

“ Membebel macam perempuan,”

“ Perempuan ni kalau kita berlawan mulut memang takkan menang,”

“ Hei, kau kutuk-kutuk perempuan ni, .. mak kau tu bukan perempuan ke ? Atau bapak kau yang lahirkan kau ?” Haniza geram.

Asraf terus menuju ke arah pejabat Amy Shafiqah. Malas melayan karenah rakan sekerjanya itu.

Asraf menolak daun pintu bilik Amy Shafiqah.

“ Er .. Cik Amy panggil saya ?”

Amy Shafiqah mendongak. Memandang pekerjanya itu.

Mukanya bengang.

Kecut perut Asraf.

“ Tak reti nak beri salam ?” Amy Shafiqah menegur.

Merah padam muka Asraf. Malu diperlakukan begitu.

“ Saya minta maaf, Cik Amy,”

Amy shafiqah mengangguk.

“ Duduk,”

Asraf menarik kerusi di hadapan Amy Shafiqah.

Amy Shafiqah menyepi. Membelek helaian demi helaian fail yang Haniza serahkan tadi.

Membuatkan Asraf berdebar-debar.

Apalah masalahnya ni ?

“ Er .. Cik Amy ! Ada apa Cik Amy panggil saya ni ?”

Asraf memberanikan diri bertanya.

Amy Syafikah menyandar tubuhnya di kerusi.

Fail yang berwarna biru laut itu dihempaskan di hadapan Asraf.

Asraf memandang Amy Sahfikah lantas, mengambil fail tersebut.

“ Apa ni, Cik Amy ?” Asraf menyoal.

Tidak mengerti, kenapa dokumen itu menyatakan bahawa, barangan yang dikeluarkan oleh Paradize holding sudah hampir tarikh luput.

Terbeliak mata Amy Syafikah.

“ Awak tanya saya ?”

Amy Syafikah geram.

“ Er .. saya benar-benar tak tahu, Cik Amy. Sebelum seseuatu produk dipasarkan, saya telah memeriksanya dengan teliti, Cik Amy,”

“ Kalau macam tu, macammana boleh jadi begini, Asraf ? Awak tahu tak ? Sekarang ni, Farida holding mahu menyaman Paradize holding sebanyak RM 1 Juta,”

Asraf terkejut sakan.

“ Ini tak boleh dibiarkan, Cik Amy. Mereka dah melampau !!”

“ Memang ! Mereka begitu melampau ! RM 1 Juta tu bukannya sedikit. .. saya nak awak periksa semua data-data tu. Kemudian, serahkan kepada saya sebelum tengah hari esok,”

“ Er .. mana sempat, Cik Amy ! Datuk Mokhtar dah suruh saya serahkan dua dokumen penting esok kepada beliau,”

“ It is not my bussinews, Asraf. Itu dah jadi kerja awak, bukan ? Jadi, jangan nak berdalih,”

Asraf terpempan.

Apa jenis manusialah, perempuan ni ? Patutlah saya sekarang belum ada teman lelaki lagi !

“ Em .. saya rasa awak boleh keluar sekarang,”

Asraf bangun. Melangkah keluar.

Amy Shafiqah mencapai kotnya. Kemudian, keluar dari ruang pejabatnya itu.

Selagi dia berada dalam ruang pejabat itu, selagi itulah otaknya tidak tenang.

Ada sahaja masalah yang mencurah-curah datang kepadanya.

“ Amy tak apa-apa ?” Farhan, abangnya menegur apabila melihat wajah adik kesayangannya itu mencuka.

Amy Shafiqah mengangkat mukanya. Wajah Farhan diteliti kemudian, kepalanya digeleng.

“ .. Er ... papa nak jumpa Amy dan abang,”

Amy Syafiqah mengangguk kemudian mengekori Farhan ke bilik ayah mereka.

“ Papa,” Farhan memanggil.

Datuk Mokhtar mengukir senyuman.

“ Ha, dah datang pun kamu berdua. Duduklah dulu. Ada sesuatu yang papa nak bincangkan,”

Amy Shafiqah dan Farhan duduk bersebelahan.

Datuk Mokhtar menutup komputer ribanya.

Wajah Amy Shafiqah dipandang sesekali.

“ Amy ada masalah ?” Datuk Mokhtar menyoal.

Cepat-cepat, Amy Shafiqah mengeleng.

“ Er .. tak ada, papa,”

“ Habis tu, kenapa muram saja ?”

Otak Amy Shafiqah ligat mencari idea.

“ Er ... Amy runsinglah papa. .. Farida holding nak dakwa kita,”

“ Dakwa ? Kenapa mereka nak dakwa kita ?”

“ Mereka mendakwa yang syarikat kita telah membekalkan barangan yang sudah hampir tarikh luput kepada mereka,”

“ Berapa yang mereka mahu ?” Farhan menyoal.

“ RM 1 juta,”

“ RM 1 juta ?” Datuk Mohktar dan Farhan terkejut amat.

“ Ini tak boleh jadi, papa. Kita kena siasat hal ni,” ujar Farhan.

“ Amy dah suruh Asraf periksa data-data tu dan serahkannya kepada Amy tengah hari esok,”

“ Tengah hari esok ?” Datuk Mokhtar terkejut.

“ Asraf kena siapkan dua dokumen esok, untuk serahkan kepada papa. Mana sempat dia siapkan ?”

Farhan membantah.

“ Satu hari ada 24 jam, abang. Kalau Amy boleh buat, kenapa dia tak boleh ?”

Datuk Mokhtar mengeleng-geleng kepalanya.

“ Orang lain berbeza dengan Amy. Amy tak boleh anggap semua orang boleh lakukan apa yang Amy boleh lakukan. Manusia ni berbeza keupayaan, Amy. ... ,”

Amy Syafiqah membisu.

“ Papa tak salahkan Amy mahupun marahkan Amy. Cuma papa kadang-kadang kasihan dengan pekerja-pekerja dibawah jagaan Amy. Amy terlalu tegas dengan mereka,”

“ Kenapa, ada yang mengadu ke, papa ?” Amy Syafiqah menyoal.

Farhan senyum.

“ Amy nikan memang tegas orangnya. Takkan itupun papa tak tahu, Amy ?”

Amy Shafiqah tertunduk.

“ ... Em .. usahlah Amy runsingkan tentang itu. Tahulah papa uruskannya nanti,”

“ Er .. Amy boleh uruskannya papa. .. masalah ni berpunca daripada kecuaian pekerja-pekerja Amy. Jadi, Amy haruslah bertanggungjawab sepenuhnya,”

Datuk Mokhtar mengangguk. Senyum.

Anak gadisnya itu memang bertanggungjawab.

“ Kalau ada apa-apa masalah di kemudian hari nanti, jangan segan jumpa papa ataupun Amy boleh merujuk kepada abang,”

Farhan menambah.

Amy Shafiqah mengangguk.

Sedaya-upaya dia cuba menyorokkan kesedihan di hatinya.

Riak mukanya, cuba diceriakan.

“ Amy yakin, Amy okey ?”

Amy Shafiqah mengangguk.

“ Abang tengok Amy macam tak okey je sejak Zarif pergi ke Paris. Rindu ye,” Farhan mengusik.

Sebak Amy Shafiqah cuba ditahan sebaik mungkin. Dia tidak mahu kedua-dua orang

kesayangan itu mengetahui tentang status keadaannya dirinya sekarang.

Amy Syafiqah bangun.

“ Amy nak baliklah, papa. Amy rasa tak sihatlah,”

Farhan kehairanan.

“ Em .. kalau Amy tak sihat, tak apalah. Malam ni, kita bincangkan hal yang papa nak utarakan tadi. Jangan lupa jumpa doktor,”

Amy Shafiqah cuba mengukir senyuman. Hambar.

Amy Syafiqah keluar dari bangunan itu.

“ Amy tu, okey ke papa ? Macam tak okey saja,”

“ Entahlah. Si Amy tu bukannya mahu berkongsi masalah dengan orang lain,”

“ Dia teringatkan Zarif kut, papa. Itulah bila ada dekat sini, bukannya tahu nak berbaik-baik .. , apa yang dia tahu .. bertengkar saja,”

“ Asyik si Amy dan Zarif saja, kamu ni macammana pula dengan Fiya ? Dia dah setuju dengan lamaran kamu ?”

Farhan sedikit segan.

“ Alah, tak payahlah nak segan-segan dengan papa ni. Kamu bukannya ada orang lain lagi selain papa dan Amy,”

“ Han malulah papa. Han malu nak lamar Fia. .. lagipun, Han takut dia tolak lamaran Han,”

“ Apa yang nak dimalukan, Han ? Han kan anak lelaki. Orang lelaki kenalah berani,”

“ Fia tu dua kali lima saja dengan Amy papa. Dia tegas semacam je. Lagipun, ... papa pun sudah Han maklumlah, pegawai polis macam dia tu memang sentiasa sibuk dengan urusan kerja. Jadi, susah juga nak jumpa dia,”

“ Alah, tu cuma alasan kamu saja. Papa bagi tempoh selama seminggu. Kalau minggu depan, kamu tak melamar Fiya lagi, papa akan pergi meminang terus saja si Fiya tu,”

“ Er .. papa. Janganlah macam ni. Han tak sukalah papa desak Han macam ni. Biarlah Han sendiri yang buat keputusan,”

“ Han nak buat keputusan apa lagi ? Nak tunggu sampai bila ? Nak tunggu sampai dia dikebas orang ?”

“ Eh, papa ni ! Janganlah cakap macam tu. Betul-betul jadi, boleh jadi gila anak papa yang seorang ni,”

Datuk Mokhtar ketawa besar.

Bab 2

“ Duduklah dulu, Amy. Kita berbual dulu,” ujar Datuk Mokhtar.

Amy Shaqirah melangkah lemah ke arah ruang rehat itu.

Datuk Mokhtar menekan punat ‘off’ pada ‘remote control’.

“ Apa ni, pa ? Han nak tengok Puaka Niang Rapiklah, pa. Episod akhir hari ni, pa,”

“ Macam budak-budaklah abang ni. Cakap kat Kak Fiya baru tahu,”

“ Ooo ... dah pandai ugut abang sekarang ni, ya,”

Amy Shaqirah ketawa. Cuba melupakan segalanya.

Datuk Mokhtar tersenyum.

“ Dah-dah. Papa nak bincang sesuatu ni. Tentang hal yang papa nak cakap tadi,”

“ Hal apa, pa ? Macam penting saja,” Amy Shafiqah menyoal.

“ Harith, adik kembar kepada Zarif akan masuk ke pejabat esok. Menggantikan tempat abangnya, bahagian production,”

Amy Shafiqah kaget.

Aduh, bala apakah ini ?

“ Macammana ? Apa pandangan Han ? Amy ?”

“ Okey, Han tak kisah ! Asalkan dia tahu buat kerja dan membantu menaikkan kualiti dan prestasi syarikat, .. Han tak akan ada masalah dengannya,”

Datuk Mokhtar mengangguk. Bibir terukir senyuman.

“ Amy ?”

“ Er .. Amy tak kisah, papa. Amy tahu apa yang papa buat adalah untuk kebaikan kita bersama,”

Amy Shafiqah sedar siapa dirinya dalam keluarga itu.

Hanyalah anak angkat.

Siapalah dirinya untuk mempertikaikan keputusan yang sudah dibuat.

“ Baguslah. ... papa gembira mendengarnya,”

Farhan dan Amy Shafiqah senyum memandang ke arah Datuk Mokhtar.

Amy Shafiqah bangun. Farhan memandang Amy Shafiqah.

“ Amy minta diri dulu, papa, abang ... Amy nak berehat dulu,”

“ ...,” Farhan diam.

“ Amy pasti Amy okey ? Papa ..,”

“ I’m okey, papa. Er ... papa ...,”

“ Apa dia, Amy ? Beritahu saja apa yang Amy nak, papa akan tunaikan,”

“ Er .. boleh tak ... Amy nak minta cuti dua minggu bermula esok,”

“ Dua minggu ?” Farhan terkejut.

Datuk menjeling ke arah Farhan.

“ Kenapa ? Amy nak ke mana ?”

“ ... boleh tak, papa ?”

“ .... boleh tapi Amy kena beritahu papa, kenapa Amy nak bercuti sehingga dua minggu ?”

Amy Shaqirah mengeluh.

“ Kalau tak boleh, tak apalah papa. Amy naik dulu,”

“ Tunggu dulu, Amy. Bukannya papa tak benarkan, papa cuma bertanya. Tak kan itupun salah ?”

Amy Shafiqah berpaling ke arah kedua-dua orang yang dihormatinya itu.

“ Amy nak pergi bercuti, papa. Amy nak tenangkan fikiran,”

Amy Shafiqah tidak berselindung lagi.

“ Amy nak tenangkan fikiran ?” Farhan cemas.

“ Amy ada masalah ?”

“ ...,”

“ Amy ada masalah dengan Zarif ?”

Datuk Mokhtar serkap jarang.

“ Kami dah putus, papa,”

Perlahan sahaja suara Amy Shafiqah.

Datuk Mokhtar mengucap panjang.

“ Macammana boleh jadi begini, Amy ?” Farhan menyoal.

Amy Shafiqah mengelengkan kepalanya.

“ Kami tak ada jodoh, abang,”

Datuk Mokhtar diam. Tidak tahu apa yang patut dikatakannya.

Zarif dan Amy memang dua-dua mempunyai ego yang tinggi. Walaupun saling mencintai tapi tiada gunanya kalau tidak sefahaman.

“ ... papa benarkan. .. tapi pastikan hari ke-15, Amy dah masuk kerja semula,”

“ Terima kasih, papa,”

Amy Syafiqah segera melangkah naik anak-anak tangga. Menuju ke biliknya.

“ Papa ?”

“ Apa dia, Han ?”

“ Han bimbanglah tengok Amy macam tu. Amy tak pernah berkeadaan begini, papa. Han takut dia tak dapat kawal perasaannya ...,”

“ Adik kau tu masih waras, Han. ... kita harus percaya, .. setiap yang berlaku pasti hikmah disebaliknya,”

“ ...,”

Zarif berpusing ke dan ke kanan. Tidurnya tidak lena. Kata-kata Amy Shafiqah pagi tadi tergiang-giang di telinganya.

Zarif bangkit dari katilnya. Hatinya tekad. Amy Syafiqah harus dilupakan dalam kotak memorinya. Azamnya sekarang adalah mencari seorang gadis yang benar-benar memahami dan menyintainya seikhlas dan sepenuh hati tanpa ada kepura-puraan mahupun tujuan lain. Walaupun Amy Shafiqah menyintainya sepenuh hati, tetapi mereka tidak sehaluan. Masing-masing keras kepala.

Komputer ribanya berbunyi. Menandakan ada mesej yang masuk.

Kau dah tidur ?

Zarif senyum sendiri. Sudah lama tidak berchatting dengan saudara kembarnya itu.

Tak. Lama kau menyepi. Apa cerita sekarang ?

Cerita ? Cerita apa ? Cerita kartun ? Cerita hantu ?

Eh, budak ni ! Aku betul-betullah !!

Esok, aku ambil alih tempat kau di Paradize Holdings

Oh, ya ke ! Tahniah !

Tahniah je ?

Habis tu kau nak apa ?

Paling kurang bagilah hadiah

: Hadiah ? Kau nak hadiah ? Hadiah tak ada. Pelempang adalah

Alah, gurau jelah ! Kau pula, apa cerita ?

.. Aku baru putus dengan Amy ...

: Aduhai, saudaraku ini ! Apa nak jadi dengan korang berdua ni ?

Aku tak tahu

bercinta bagai nak rak .. tiba-tiba, putus di tengah jalan. ... siapa yang minta putus ? Kau atau dia ?

Aku ..

Kenapa ? Apa masalahnya antara kau dengan dia ?

Kami memang tak ada jodohlah. Dah lah aku malaslah nak bincang hal ni

Aku tahu ... kau dan dia tak sefahaman, bukan ? Dia bertegas dengan keputusan dia dan kau pun begitu. Masing – masing hanya fikir diri masing-masing hebat. Korang berdua ni egoisitiklah

Hei, kau tak kenallah perempuan tu. Jadi, tak usahlah kau nak berceramah dengan aku, pulak

Bila ex-girlfriend kau tu sangkut dekat aku, baru kau tergangga kemudian, terhegeh-hegeh menagih cintanya semula

Setakat minah kepala batu tu, aku tak hairanlah. Kau tak usah nak beranganlah. Si Amy tu walaupun kepala batu tapi dia setia tau. Dia tu hanya setia pada aku seorang saja tau

Kau ni .. apa jenis manusialah. Aku kesian dekat si Amy tu. Tak baik kau buat begitu dekat dia. Dah kau tahu dia cintakan kau, apasal kau tinggalkan dia ? Satu hari nanti, ada orang camtu ka kau, baru kau tahu tinggi rendah langit

Kalau kau sayang sangat dekat dia tu, kau ambil jelah buat bini kau

Okeylah, malas aku nak layan kau. Pergilah. Pergi cari minah salleh yang entah apa-apa tu. .. bye .. see you later

Ya, see you too. Send my regard to our parent but don’t tell about my love story

O .. tau takut, ya

Tak apa. Kau percayalah kat aku. Insyaallah pagi esok, aku ceritakan dekat mereka dengan jiran-jian kita sekali

Z> Eh, budak ni !!! L

J

Bab 3

Harith mengukir senyuman manis. Lalu, senyuman itu dilemparkan kepada semua penghuni bangunan Paradize Holdings itu.

“ Saya perkenalkan ini adalah En. Harith yang juga adik kepada En. Zarith @ Zarif. En Zarith akan mengambil alih bahagian production mengantikan abangnya. Jadi, saya harap kamu semua boleh memberi kerjasama kepadanya dengan baik,”

Ujar Farhan.

“ Selamat datang, En. Harith,” ucap para pekerja –pekerja di bahagian I itu.

“ Terima kasih,” ucap Harith.

“ En. Harith, mari .. saya tunjukkan bilik En. Harith,”

“ Ya, baiklah,”

Farhan membawa Harith ke ruang pejabat Zarif yang dulu. Bersebelahan dengan bilik Amy Shafiqah.

Kemudian, Farhan meminta diri.

Mana agaknya Amy pergi ? Tak nampak pun dia ?

Em .. esok-esok jumpa lah tu, kot

Harith bermonolog sendirian.

“ En. Harith, ni Suzana, PA kepada En. Harith,”

Farhan menunjukkan ke arah gadis berbaju kurung tradisonal kemudian, melangkah pergi. Gadis itu berdiri tegak di ruang pejabat itu. Manis sekali. Persis gadis melayu yang sejati.

“ En. Harith perlukan sesuatu ? Dokumen syarikat, misalnya ?”

Suzana menyoal setelah melihat lelaki itu menyepi.

“ Ya, bawakan ia kepada saya,”

“ Ada apa-apa lagi ?”

“ Tak ada,”

“ En. Harith nak kopi ? Saya boleh buatkan,”

Suzana senyum.

“ Boleh juga,”

Harith membalas senyuman gadis itu.

Amy Shaqirah merenung jauh ke arah kecerian kanak-kanak yang asyik bermain bola di tepi pantai yang memutih itu. Begitu seronok untuk digambarkan. Berhibur bersama keluarga tersayang. Dia tidak pernah merasai semua itu.

Hidupnya tidak pernah begitu. Sekarang, jiwanya begitu kosong. Luka di hatinya seolah-olah terlalu sukar untuk dirawat.

Begitu mudah Zarif memutuskan hubungan mereka. Begitu mudah Zarif mentafsir nilai cintanya dan begitu mudah Zarif melontarkan ...

Aduh, ... !

Bagaimana harus dia tempuhi hari-hari yang mendatang ?

Memang !

Memang bukan untuk berhadapan dengan Zarif tapi dia terpaksa berhadapan dengan Harith.

Walaupun tidak pernah mengenali jejaka itu, dia pasti, hidupnya pasti dibayangi bayangan bekas teman lelakinya itu.

Amy Shaqirah menggigil. Ketakutan. Takut andainya dia tidak tabah untuk lalui semua itu.

Seakan-akan dia mahu lari dari takdirnya.

Amy Shaqirah memejamkan matanya.

Dia akui memang keputusan yang Zarif itu adalah berpunca daripada dirinya jua tapi Zarif tak sepatutnya menyalahkannya 100% dalam hal itu. Mereka berdua memang sama-sama keras kepala dan ego. Jadi, tidak sepatutnya ... Zarif bertindak begitu. Tidak memberi peluang kepadanya untuk berubah sikap.

Ah, Zarif ! Kau telah meruntuhkan kepercayaanku kepada kaum sejenismu !!

Mungkinkah masih wujud lelaki yang jujur dan ikhlas serta boleh membuatkan diriku berubah ? Masih wujudkanh lelaki seperti itu ?

Ah, dunia akhir zaman !

Amy Shaqirah bangkit dari tempat duduknya. Berjalan disisir pantai. Bayu laut menghembus lembut ke mukanya.

Sungguh indah.

Sesekali membawanya ke nostalgia silam.

Kenangannya bersama Zarif.

Ah, Zarif lagi !

Kenapa terlalu sukar untuk aku lupakan jantan itu ?

“ Boleh saya berjalan bersama awak ?” jejaka itu menyoal.

Amy Shaqirah kebingungan.

Siapa lelaki itu ? Kenal pun tak tiba-tiba, terus sahaja mahu berjalan beriringan dengannya.

“ ...,”

Amy Shaqirah membisu.

Malas untuk berbual dengan orang yang dia tak pernah tahu asal usulnya itu.

“ Awak tak kenal saya ?” lelaki itu menyoal.