Thursday, August 6, 2009

menggapai bintang

“Hei, pergilah!! Aku tak perlukan kau!! Pergi!!!” jerit Alia sambil kedua – dua belah tangan menekup mukanya. Kelihatan manik – manik putih mengalir di pipi gebunya. Tangisannya teresak – esak. Ariana berlari keluar dari bilik kakaknya yang seumpama neraka itu sambil menahan air matanya daripada mengalir keluar. Kalau diikutkan hatinya mahu sahaja dia menampar pipi kakak kembarnya itu. Mak Mah dan Pak Alang, pembantu rumah yang tersergam indah itu menjadi kaku akibat terkejut mendengar kelantangan suara Alia memaki hamun Ariana. Sedangkan selama ini Alia dan Ariana bagaikan isi dengan kuku apatah lagi untuk bergaduh seperti ini. Ariana terus memasuki biliknya lalu menguncikan dirinya didalam, sendirian.

Bunyi enjin kereta Proton Waja Datuk Ibrahiim mengejutkan Mak Mah dan Pak Alang dari terus menjadi kaku. Mereka segera menyambut majikan mereka itu dengan senyuman yang manis. Datin Raudah menolak daun pintu kereta itu perlahan – lahan.

“ Macam kena langgar dek garuda je, rumah ni! Budak – budak mana ?” tanya Datin Raudah sebaik sahaja melabuhkan punggung ke atas sofa yang baru sahaja dibeli dua minggu yang lalu. “ Er .. er …,” Mak Mah tidak tahu apakah yang harus dikatakannya. Datin Raudah dan Datuk Ibrahiim berpandangan. ”Kenapa ni, Mak Mah, Pak Alang ?” soal Datuk Ibrahiim, risau. “ Ia dengan Iana bertengkar tadi, Datuk, Datin,” Pak Alang memberitahu apabila mendengar suara Datuk Ibrahiim kian meninggi. Datin Raudah cemas. Dia tahu, Ariana dan Alia tentu mengalami masalah besar, kalau tidak masakan mereka bergaduh. “ Pasal apa ?” Datuk Ibrahiim menyoal. Mak Mah dan Pak Alang hanya mengelengkan kepala mereka berkali – kali. Datuk Ibrahiim dan Datin Raudah terdiam. Mak Mah terus berlalu ke ruang dapur, ingin menyiapkan makan malam. Pak Alang pula meneruskan kerjanya sebagai tukang kebun.

* * * *

Ariana berjalan lemah menuju ke arah meja makan yang sudah terhidang dengan pelbagai hidangan. Matanya tertumpu ke arah ayam percik yang kelihatan sunguh menyelerakan. Aromanya sunguh menusuk hidung sesiapa yang membaunya. Namun, seleranya mati apabila teringat tentang Alia. Mukanya terus menjadi monyok. Datin Raudah dan Datuk Ibrahiim hanya melihat ke arah anak gadisnya yang baru menjangkau usia 26 tahun itu. “ Ia mana?” Datuk Ibrahiim sengaja menyoal. Pura – pura tidak tahu tentang hal anaknya itu. “ Entah. Tak lapar kut !” selamba Ariana memberi jawapan. “ Kenapa Iana bergaduh dengan kakak tadi ?” lembut sahaja suara Datin Raudah. Ariana kaget.

Bagaimana mama boleh tahu. Ariana memandang ke arah Mak Mah. Mak Mah menundukkan kepalanya ke lantai. Takut untuk memandang wajah anak majikannya itu. Ariana segera menyembunyikan riak wajahnya. Tenang semula. Seperti tiada apa yang berlaku. “ Tak ada apa – apalah, ma .. pa. Betul tak, Iana ?” balas Alia yang entah dari mana muncul, terus menarik kerusi dan duduk disebelah Ariana seperti biasa. Seperti tiada apa – apa berlaku pada hari itu. Ariana memandang ke arah Alia. Alia mencubit peha Ariana. Seperti mahu melepaskan geram. Ariana menahan sakit. Pipinya yang putih menjadi merah. Ariana sekadar mengangguk. Alia tidak mahu kedua-dua orang tuanya itu gusar tentang mereka.

Ariana hanya menguis – guis sahaja nasi dipinggannya. Alia pula terus menyuap nasi ke mulutnya seperti biasa. Walhal, tekuknya sudah loya dan perutnya seakan sudah menjerit minta tidak diisi lagi. Ariana membisu seribu bahasa. “ Bagaimana persiapan untuk esok ? Papa harap, Iana dapat handle segala masalah disyarikat baru tu nanti dengan baik. Papa yakin dengan Iana,” tanya Datuk Ibrahiim memecah kesepian. Ariana tersentak. Mujur dia tak kaget. “Iana dah kemaskan barang – barang. Insyaallah, pa. Iana akan jaga syarikat baru tu dengan baik. Subuh esok, Iana bertolak. Rasanya nak sampai awal sikitlah dekat Terengganu. Bolehlah rehatkan badan sikit,” ujar Ariana panjang lebar. Alah, aku tak hairan! Pergilah cepat – cepat. Aku pun menyampahlah tengok muka kau. Dasar duri dalam daging. Datuk Ibrahiim sekadar mengangguk. “ Ia boleh hantarkan Iana, esok ?” Datin Raudah menyoal anak sulungnya. Bimbang juga dia hendak membiarkan anak gadisnya memandu kereta sendirian ke tempat yang langsung tidak pernah dituju. Melihat Alia tidak memberi sebarang tindak balas, Ariana segera bersuara, “ tak apa, ma. Kalau ada apa – apa masalah Iana telefon mama, okey ? Lagipun Kak Ia ada meeting dengan client tengah hari esok. Ariana cuba melindungi kakak kesayangannya itu. Padahal Ariana sudah tahu Alia akan menyambut ulang tahun percintaan mereka esok. Alia memandang ke arah Ariana. Dia serba – salah. Betulkah apa yang dilihatnya pagi tadi ? Ariana sedang bergurau mesra dan berpegangangn tangan dengan Azroy, teman lelakinya. Ah, kau jangan nak pura – pura baik, Iana. Aku tahu, kau nak rampas kekasih aku, bukan ? Kau jangan ingat, senang – senang aku nak maafkan kau! Kau telah khianati kepercayaan aku terhadap kau. Kau cuba rampas Azroy dari aku. Kau kejam. Sanggup menikam aku dari belakang.

* * * *

Ariana merasakan perjalanannya pada pagi itu terlalu jauh. Matanya sudah penat. Terlalu letih untuk bertahan. Dia memberhentikan keretanya dibahu jalan. Setelah berehat seketika, Ariana meneruskan perjalanannya. Enjin keretanya tidak dapat dihidupkan. Ariana cemas. Ariana hairan. Entah kenapa ia jadi begitu. Ariana memandang sekeliling. Hanya bukit dan pokok – pokok yang menjai penghuni dikwasan itu. Hatinya kecut. Mulutnya terkumat – kamit membaca doa. Takut juga ia apabila teringatkan tentang berbagai – bagai cerita tentang perogol, hantu dan peragut didada akhbar, saban hari. Seram sejuk dibuatnya. Fikirannya ligat berpusing. Baru ia teringat yang ibunya, Datin Raudah ada memberi nombor telefon ibu saudaranya yang tinggal di Terengganu. Ariana segera menekan punat call. Nama Datin Mariah tertera di skrin telefon bimbitnya. Setelah menceritakan apa yang menimpanya kepada ibu saudaranya, Ariana memutuskan talian. Hati Ariana berdebar – debar, apabila melihat seorang lelaki mengetuk cermin keretanya. Dia teragak –agak untuk membuka pintu kereta. Namun, dia menguatkan semangatnya dan berfikir itu adalah orang yang dihantarkan oleh ibu saudaranya untuk membantunya.

“ Maaflah, saya tak kenal awak,” ujar Ariana ketika berada di dalam kereta Ikram. Ikram tersenyum seraya meneruskan tumpuannya ketika memandu. “ Saya menyusahkan awak ?” Ariana menyoal. “ Tak. Tak usahlah berawak – awak. Kita bukannya orang lain. Kita ni sepupu. Saya Ikram. Awak Ariana, bukan ? Umi dah ceritakan tadi pasal awak. Dari dulu lagi, Umi dengan Abi selalu cerita pasal Ariana dengan yang sorang lagi tu, apa nama dia fsdj 9yjm ya, ... er.. Alia kan?” ujar Ikram rancak. Ariana tersenyum. “ Panggil saya Iana je. Maknanya awak dah tahu tentang sayalah ni. Tak adillah macam ni. Awak saja yang tahu pasal saya,” Ariana bertutur manja. “Nanti lama – lama, Iana akan kenal saya. Iana ni banyak mulut juga ye ?,” ujar Ikram sambil ketawa. “ Oh, kutuk orang ye !” hati Ariana terhibur walaupun mereka baru sahaja bersua. Terasa hilang segala kekusutan di kepalanya.

“ Apa khabar, mak cik, pak cik ?” ucap Ariana sambil mengucup tangan ibu dan bapa saudaranya itu. “ Khabar baik. Semakin cantik Iana ni bila dah jadi anak dara,” Datin Mariah memuji. Muka Ariana menjadi merah seperti udang yang dibakar, menahan malu apabila dipuji sebegitu. Ikram sekadar tersenyum. “ Duduklah dulu, mak cik suruh Kak Piah sediakan sarapan untuk Iana, ya,” Datin Mariah berkata lagi. Berkenan sungguh kedua – dua orang tua itu tingkah laku Ariana. Ikram mengajak Ariana berbual di luar, di halaman rumah. “ Ikram ni kerja dengan pak cik ke ?” Ariana memulakan perbualan. Ikram ketawa besar. “ Apa yang lucuya ?” Ariana tidak mengerti. “ Tak ada apa – apa. Ikram jadi driver sebenarnya,” jawab Ikram. “ Driver ? Driver pak cik ke ? Tipulah,” Ariana membangkang, langsug tidak percaya. Ikram ketawa lagi. Ariana sudah malas berbual dengan Ikram yang hanya mempermainkan dirinya sahaja. Dia mengangkat pungggungnya dari buaian itu lalu meninggalkan Ikram sendirian.

“ Assamualaikum, ..,”

Ariana meluru keluar. Dia melihat, seorang gadis cantik yang tinggi lampai sedang membuka kasut tumit tingginya. Ariana menghampirinya. Ariana fikir gadis itu mestinya bukan orang yang baik – baik. Ariana memandangnya dari atas hingga ke bawah. Berpakaian nampak pusat. Skirt hingga paras lutut. Rambut yang berwarna keperangan. Ariana melihat jam di tangannya. Pukul 7.45 pagi . Tak sejuk ke pakai macam ni ? Tak takut dosa ke ? Inikah dikatakan anak timur ? Ariana bermonolog sendirian. “ Cari siapa ?” tanya Ariana, lembut. “ Eh, awak ni siapa ? Orang gaji baru ke ?” soal Adila kasar. Kecil hati Ariana, mendengar tutur kata gadis itu. “ Awak ni cari siapa ?” suara Ariana sedikit meninggi. Bengang dengan lagak Adila. “ Ikram ada ?” soal Adila. “ Masuklah,” pelawa Ariana, lembut. Walhal, dalam hatinya Tuhan saja yang tahu. Bencinya dia dengan tetamu itu. “ Ik, bila pulang ?” tanya Adila, manja. “ Baru saja. Eh, Iana ! Tunggulah dulu. Ni Adila, kawan Ikram,” Ikram memperkenalkan kepada Ariana sebaik sahaja Ariana berpusing mahu meninggalkan mereka. Ariana sekadar mengangguk. “ I ni kawan you ? I kan bakal isteri you. Er.. Ariana, I am Sadilla binti Tan Sri Majid,” Adila membetulkannya. Whatever ! “ Oh, cantik nama tu !” ujar Ariana. “ Buatkan I jus oren. Tekuk I ni dah keringlah,” arah Adila. Ikram memandang tajam ke arah Adila. Ariana mencebik. Suka hati dia saja nak arahkan aku itu dan ini. Dia aku ni orang gaji dia ke ? Berapa juta mak bapak dia bayar kat aku ? Ikram geram apabila Adila memperlakukan Ariana sebegitu. Terasa geli pula dengan lagak Adila. “ Tak perlulah, Iana. Adila, Iana ni sepupu I. Kenapa mesti perlakukannya macam orang gaji you pulak ? Arianalah pemilik penuh Syarikat Ariana Sdn. Bhd yang digembar – gemburkan dalam tv tu. Ariana Balqis binti Datuk Ibrahiim,” terang Ikram panjang lebar. Adila terkisama. Mukanya merah padam. Malu dengan tingkah lakunya yang tidak sopan itu. Dia terus berlari keluar. Tak guna, kau Ariana, Ikram !!! ... Kau ingat kau boleh hidup bahagia dengan Ikram ? Jangan mimpi !! Ikram milik aku untuk selama – lamanya !!! Sanggup kau malukan aku, Ikram ?? Tak apa. Hari ni hari kau. Esok – esok, tahulah engkau !!!

Sejak hari itu, Adila tidak lagi menghubungi Ikram. Terasa malu untuk bersua lagi. Ikram sudah berkali – kali cuba menghubungi Adila namun, tiada sebarang respon yang diperolehi.

Beberapa bulan telah berlalu ....

Ariana menghempaskan fail – fail tentang rekod syarikat di atas meja. Keadaan yang kemas pada asalnya menjadi berselerak. Geram betul dia dengan sikap salah seorang clientnya. Terlalu banyak karenah. Nak itulah, nak inilah. Terlalu cerewet.

I janji, I akan sentiasa bersama you samaada ketika susah mahupun senang. Bagi I, you ini ibarat jantung I. Tanpa you, I tak kan boleh hidup. Mummy dan daddy memang dah setuju sangat kalau kita kahwin hujung tahun ni, sayang. I memang betul – betul sayangkan you. Tak akan ada perempuan yang dapat mengantikan tempat you dihati I. Sudikah you menjadi permaisuri hidup I?” tutur Azroy, ikhlas setulus hati. Ariana menahan air matanya dari terkeluar. Dia sungguh terharu. “ Maafkan I. Kita tak boleh kahwin, sayang. I tak boleh terima you sebagai suami I,” ujar Ariana sambil menahan sebak di dada. Azroy terkejut mendengar kata – kata Ariana. “ Tapi mengapa, sayang ? I tak layak untuk you ke ? Atau I ni terlalu banyak kekurangan ? Atau apa ?” Azroy inginkan kepastian. “ Tak. Tak. You tak kurang apa – apa. Azroy. Tolonglah faham. Kakak I, Alia sangat cintakan you. I tak boleh kecewakan dia. I tak nak dia sedih lagi. I tak nak dia putus asa dalam kehidupannya. You faham yang I maksudkan, bukan ?” ujar Ariana, tidak mampu untuk air matanya dari mengalir lagi. Azroy terduduk. “ Ariana, you tahu tak apa yang buat ni ? You sedar tak yang hati I hanya untuk you ? You tahu tak yang I takkan boleh hidup tanpa you ?” Azroy menyoal lagi, kecewa. Ariana mengangguk laju. Dia menyeka air matanya. “ Kalau you betul – betul sayangkan I, tolonglah sayangi kakak I sepenuh hati, sepertimana you sayangkan I. Tolonglah. I merayu kat you. Tolonglah faham keadaan I. You nak tengok, I dan kakak I bertengkar ke ? Kemudian, putus hubungan ?” Ariana merayu lagi. Azroy mengeluh berat. “ Habis, bagaimana dengan you nanti ?” Azroy masih lagi belum berpuas hati. Ariana mengukir senyuman. “ Tak apa. I sanggup lakukan apa saja demi kakak I,” ujar Ariana, gembira. “Baiklah tapi dengan satu syarat. You tak boleh paksa I kahwin dengan kakak you. I akan cuba untuk sayangi dia tapi I tak janji,” balas Azroy, lemah.

“ Fikirkan apa ?” soal Imran. Ariana tersentak. Segera diseka air matanya yang mengalir. Entah bila Ikram masuk ke ruang pejabatnya. Dia tidak sedar. Terasa malu apabila dia melihat Ikram membantunya mengemas biliknya yang berselerak. “ Iana ada masalah ke ? Kenapa menangis ? Kalau ada apa – apa masalah, beritahulah kat Ikram. Ikram akan tolong setakat yang mampu,” lembut sahaja tutur kata Ikram. Ariana sekadar mengelengkan kepalanya.

Ariana mengemaskan barang – barangnnya. Kemudian, dia segera meluru masuk ke dalam perut kereta. Ikram memandang ke arah Ariana. Ariana membisu seribu bahasa. “ Ada masalah, ke ? Cakaplah. Ikram tak boleh tolong, kalau Iana tak cakap,” Ikram memujuk. Air mata Ariana mula mengalir pantas. Ikram memberhentikan keretanya di tepi pantai. Pandangan pantai yang memukau itu mampu menenangkan jiwa yang kusut. Ikram membiarkan Ariana melayani perasaannya. Ikram tidak mahu memaksa Ariana menceritakan masalahnya. Ikram mahu Ariana sendiri yang menceritakannya. “ Iana rasa, Iana dah tak sanggup lagi nak tipu diri Iana, Ikram,” ujar Ariana. Ikram tertanya – tanya sendirian apakah yang dimaksudkan Ariana. “ Iana sebenarnya dah ada kekasih, Ikram. Azroy namanya dan sebab itulah Iana tak boleh terima lamaran Ikram hari itu. Iana bukannya ...... Iana tak tahu macam mana nak ceritakan pada Ikram. ..... Sebenarnya, Kak Ia cintakan Azroy. Kami dah nak kahwin masa tu tapi Iana tak boleh kahwin dengan pilihan hati Iana sebab Iana tak nak buat Kak Ia patah hati. ... Iana minta tolong, merayu dekat kekasih Iana, minta dia terima Kak Ia tapi Kak Ia tak faham. Kak Ia fikir yang Iana nak rampas Azroy darinya. Kami bertengkar sampailah sekarang. Iana tak boleh tipu hati Iana sendiri mahupun sesiapa sahaja yang Iana dah lupakan Azroy. Iana dah tak sanggup lagi,” luah Ariana. Ikram terharu mendengar penjelasan daripada Ariana. Sungguh murni hatimu, Iana. Alangkah bagusnya, kalau kau menjadi ratu hatiku. “ Jadi, macam mana sekarang ?” Ikram menyoal. Ariana menarik nafas panjang. “ Ariana harap ada seseorang yang boleh membuatkan Iana lupakan kisah silam. Iana harap Azroy bahagia dengan Kak Ia.

“ Kalau Ikram yang cuba ?” Ikram menduga. Ariana memandang tepat ke arah Ikram. “ Tak takut dikecewakan ?” Ariana pula menduga ketelusan hati Ikram. Ikram hanya tersenyum.

* * * *

“ Yah rasalah, bagus juga cadangan abang untuk bermenantukan Ariana. Baik budak tu. Pandai ambil hati kita. Pandai masak. ... dan macam – macam lagilah. Sesuailah dengan anak kita tu. Nampak mereka tu memang baik. Asyik bersama saja. Lagipun, tak ke mana perginya harta kita,” tambah Datin Mariah. Datuk Harun mengangguk – angguk kepalanya tanda setuju dengan fikiran isterinya. “ Tapi kita tak nak tanya mereka dulu ke ?” Datuk Harun menyoal lagi. “ Ikram dan Ariana tu anak yang baik. Tentu mereka ikut saja apa kata kita,” tambah Datin Mariah lagi. “ Kalau begitu, minggu depan, kita bertolak ke Kuala Lumpur, pergi meminang si Ariana tu,” setuju Datuk Harun.

* * * *

“ Bunga Mawar dalam jambangan, hendak dipetik terasa sayang, hajat dihati hendak meminang, Bunga Mawar yang sedang berkembang,” pantun Datun Harun. Datin Raudah dan Datuk Ibrahiim tersengih senyum. Alia pula mengukir senyuman manis. Padan muka kau, Iana! Sekarang, kau tak kan dapat rampas Azroy dari aku lagi. “ Bunga mawar penghias taman, taman bukan taman larangan, kalau hati sudah berkenan, kita ikatkan saja tali pertunangan,” balas Datuk Ibrahiim. “ Kalau begitu baguslah,” Datin Mariah bersuara. “ Di taman kami ini ada dua kuntum Bunga Mawar. Yang mana satu menjadi pilihan hati ?” Datin Raudah pula menyoal. “ Sebenarnya kami datang ni nak meminang Ariana untuk anak kami, Ikram Haikal,” Datuk Harun, mencelah. Datuk Harun dan Datin Raudah mengangguk. “ Bagaimana, setuju ?” tanya Datuk Harun. “ Maaflah, yang nak kahwin bukannya kami. Jadi kena tanya dengan empunya diri dahulu,” Datuk Ibrahiim, membalas. Alia menarik muka masam sebaik sahaja ayahnya memberikan jawapan yang demikian. “ “Iana dan Ikram tentunya sedang hangat bercinta, pa. Kalau tak masakan mak cik dan pak cik ke sini untuk meminang Iana bagi pihaknya !” Alia memujuk. Datuk Ibrahiim mengangguk. Datin Mariah dan Datuk Harun berpandangan. Mereka tidak tahu apa yang patut mereka katakan. Sedangkan anak mereka sendiri tidak tahu yang mereka datang ke Kuala Lumpur ini adalah bertujuan untuk meminang Ariana apatah lagi si empunya badan. Sebenarnya Datin Mariah terlalu takut, bimbang andainya hasratnya untuk bermenantukan Ariana tidak kesampaian. “ Kalau begitu baiklah. Bila nak adakan majlis perkahwinan ?” soal Datuk Ibrahiim. “ Lebih cepat, lebih bagus. Betul tak mak cik ?” Alia menyoal. Datuk Harun dan Datin Mariah tersenyum. “ Hissh, budak ni !” tegur Datin Raudah. “ Hujung tahun ni, kita langsungkan majlis perkahwinan mereka,” Datuk Ibrahiim memberikan kata putus. “ Kalau begitu, eloklah kita buat besar – besaran, ya. Ikramlah satu – satunya anak kami. Kami ingat nak buat majlis persandingan dekat hotel bertaraf lima bintang. Kita jemput artis terkenal buat persembahan. Tentu meriah, bukan ?” Datin Mariah menyoal. “ Tak usahlah sehingga membazir, ” Datin Raudah menyampuk. “Mana ada membazir, Raudah ? Semuanya pihak kami yang tanggung. Dari sekecil – kecil perkara hinggalah kepada perkara yang besar dan penting, kami yang akan uruskan ke semuanya. Lagipun, Yah ada kenal dengan pereka pakaian pengantin terkenal, kita tempah baju disana, ya?” bersungguh – sungguh Datin Mariah. Datuk Harun tersenyum melihat gelagat isterinya. “ Baik kata kamu, Mariah, baiklah kata kami,” ujar Datin Raudah mengiayakan kata – kata adiknya, Datin Mariah. Alahai, apasal semua yang baik, yang hebat ... kau aje yang dapat, Iana ?

* * * *

Ariana memandang jauh ke dalam dasar kolam renang itu. Fikirannya melayang. Hanya wajah Azroy yang bermain difikirannya. Sejak beberapa hari ini, semua kerja tidak menjadi dibuatnya. Ingatannya hanya pada Azroy. Di tambah pula dengan berita pertunangannya dengan Ikram. Bagai terputus tangkai jantungnya apabila Datuk Harun dan Datin Mariah menceritakan perkara tersebut kepadanya, siang tadi. Bagi Ariana, Ikram adalah sahabat terbaik baginya. Tidak pernah sesekalipun di hatinya untuk mencintai Ikram. Apatah lagi untuk dijadikan insan yang bergelar suami. Hidupnya kini telah musnah. Kadang – kadang, Ariana merasakan dirinya hanya boneka bernyawa yang boleh di arah melakukan apa sahaja. Sedangkan dirinya tidak diberi peluang untuk membuatkan sesuatu yang memberi manfaat dan kebaikan kepada dirinya.Ariana mengeluh. “ Jauh termenung, Iana ?” Ikram menegur. Ariana tersentak. “ Tak adalah. Saja duduk kat sini. Sejuk saja udara pada waktu malam begini. Kenapa tak tidur lagi ?” Ariana menyoal, mengelak daripada terperangkap dengan soalan Ikram. Ikram mengukir senyuman. “ Yang awak pula, sebab apa tak tidur lagi ?” Ikram menyoal kembali. Ariana menundukkan kepalanya. Kemudian, bersuara, “ mak cik dan pak cik dah tidur ?” Ariana menyoal. Ikram sekadar mengangguk. Dia sudah dapat menduga apa yang berada di fikiran Ariana. “ Ikram tak akan paksa Iana untuk kahwini Ikram. Ikram sebenarnya tak sangka yang umi dan abi akan buat perkara sebegini. Ikram minta maaf bagi pihak umi dan abi,” ujar Ikram kesal. Ariana memandang Ikram, mencari kebenaran dan keikhlasan jejaka tampan di hadapannya itu. “ Kalau Iana tetap tak boleh terima cinta Ikram, pagi esok, Ikram akan beritahu dekat umi dan abi untuk putuskan pertunangan kita. Usahlah Iana rungsingkan tentang itu, Ikram akan menguruskannya,” tutur ikram, lemah. Ariana membisu. Ikram memandang Ariana. Wajah Ariana yang seakan tidak bermaya itu ditatapnya dalam. Kemudian, dia mengangkatkan punggungnya untuk berlalu dari situ. Tidak sanggup menatap wajah sugul itu lagi. Ariana menarik tangan Ikram dan memaksa Ikram duduk semula. “ Tak perlulah. Iana tak mahu keluarga kita berpecah. Iana tak nak semuanya menjadi huru – hara hanya kerana Iana. Mak cik dan pak cik pun dah sibuk menguruskan perkahwinan kita. Kad jemputan pun sudah dihantar kepada para jemputan. Iana tak nak rosakkan segalanya. Iana tak nak jatuhkan maruah papa, mama, Ikram ataupun sesiapa sahaja,” Ariana bertutur perlahan. “ Mengapa mesti Iana yang korbankan diri setiap kali masalah melanda ? Iana fikir Iana ini siapa ? Mahu ikut sahaja segala kemahuan orang lain ? Abaikan perasaan sendiri ? Ikram tak sanggup lihat Iana menderita begini. Memang Ikram sayangkan Iana tapi bukannya dengan cara begini. Ikram nak Iana terima Ikram dengan hati terbuka bukannya kerana terpaksa !” bangkang Ikram. Ariana menangis perlahan. “ Kalau betul Ikram sayangkan Iana, Ikram ikut sajalah apa yang mak cik dan pak cik dah lakukan. Mak cik dan pakcik lakukan apa yang terbaik untuk Ikram. Semua ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak – anaknya,” rayu Ariana seraya meninggalkan Ikram yang termangu-mangu sendirian. Sememangnya, aku adalah insan yang bertuah kerana dapat memilikimu. Kau sanggup berkorban apa saja untuk kebaikan orang lain.

* * * *

“ Kau ni memang gila Alia ! Aku tak pernah jumpa manusia yang bergelar kakak seperti kau ini !! Untuk pengetahuan kau, aku tak pernah pun mencintai kau. Aku lakukan ini semata – mata kerana Iana. Semua ini hanyalah lakonan. Kau tahu apa itu lakonan ? Aku tak nak Iana menderita. ... Iana datang kepada aku, minta tolong, merayu agar terima kau, sayangi kau sebagaimana aku menyayangi dirinya. Bukan Iana yang rampas aku dari kau tapi kau yang rampas aku dari Iana. Untuk pengetahuan kau, aku telah bercinta dengan Iana sejak tahun pertama di universiti lagi. .. dan pada masa tu, aku tak tahu dan tak kenal pun siapa kau ini. Aku baik dengan kau pun sebab kau ini kakaku Iana, bakal isteri aku. Bukannya ada maksud lain. Iana sanggup berkorban semata – mata kerana kau. Takut kau sedih, kecewa dan putus asa untuk hidup. .. tapi apa yang kau dah lakukan padanya ??? Kau pujuk mak bapak kau untuk kahwinkan Ianakan. Kau tak tahukan betapa dalamnya cinta aku pada Ianakan ? Kau jangan sesekali ingat yang aku akan mengahwini kau dan kau harus ingat, hanya Iana satu – satunya perempuan yang menjadi ratu hatiku. .... usahlah kau nak menangis. Sudah tak ada gunanya. Iana dah hampir menjadi milik orang lain. ... tapi tak mengapa, aku akan pastikan Iana tetap akan menjadi milikku, untuk selama – lamanya,” marah Azroy, suaranya semakin lama semakin meninggi. Alia tergangga. Dia terpempan. Alia menangis semahu – mahunya. Barulah dia sedar, betapa teruknya sikapnya selama ini. Sesungguhnya dia sangat beruntung sebab ada juga yang mengasihi dirinya. Saudara kembarnya telah banyak berkorban untuk dirinya. Alia tekad, dia mesti berubah.

* * * *

“ Ik, ... you mesti tolong I. Tolong I. Aduh, sakitnya !” suara Adila begitu cemas dihujung talian. Ikram serba – salah. “ You bertahan, ya. I dalam perjalanan ni. Nanti I sampai,” bimbang juga Ikram apabila suara Adila begitu cemas tadi. Adila memutuskan talian. Rancangan jahatnya berjalan lancar. Sepuluh minit kemudian, Ikram tiba di kediaman Adila. Ikram meluru masuk ke dalam, walhal dia tahu, Adila tinggal sendirian di rumah itu. Ah, tak mengapalah ! Ini kes kecemasan. Nanti kalau ada apa – apa berlaku terhadap Adila, dia tak nak dipersalahkan kerana tidak menghulurkan bantuan. Ikram melihat Adila berbaring lesu diatas lantai. Matanya tertutup rapat. Ikram menduga, mungkin Adila pengsan. Ikram cepat – cepat mengangkat Adila untuk di bawa ke hospital. Sebaik sahaja samapi di muka pintu, Iman, Bilal dan orang – orang kampung sudah memenuhi perkarangan halaman banglo mewah tiga tingkat itu. Adila membuka matanya. Adila berpura – pura meronta untuk minta dilepaskan seakan – akan Ikram mahu melakukan perkara sumbang terhadapnya. Ikram terkejut dengan perbuatan Adila. Sungguh tidak disangkanya, sebusuk itu hati Adila. Lantas tangannya menampar laju ke muka gadis berhati busuk itu. Berbekas muka Adila terkena penangan Ikram.

* * *

Hari perkahwinan Ikram dan Ariana ....

Para jemputan berpusu – pusu datang ke majlis itu. Itu semua adalah kerja Datin Mariah. Entah berapa ribu para jemputan dijemput, Ariana sendiri tidak pasti. Ariana sudah bersiap sedia untuk bergelar seorang isteri. Hari ini dia uba mengukir senyuman. Mencampakkan memori silam setelah semalaman hidupnya dibayangi air mata kedukaan. Dia pasrah. Segala telah ditakdirkan. Dia redha dengan ketentuan Allah. Dia percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Ariana dapat melihat kegembiraan disebalik wajah setiap ahli keluarganya terutama sekali Ikram. Bibirnya tidak putus mengukir senyuman kepada para hadirin. Kelihatan Kadi yang ditunggu – tunggu tiba. Keadaan yang asalnya hingar – bingar menjadi sunyi sepi. Semua mata tertumpum kepada Ikram dan kadi itu. Waktu itu, Ikram segak dengan baju melayu berwarna krim, sedondon Ariana, berbaju kebaya moden. “ Hentikan semua ini !!!” jerit Adila. Tumpuan tertumpu pada Adila dan ayahnya, Tan Sri Majid. Ariana kaget. Wajah Ikram pucat. Bimbang andainya, kedatangan Adila itu membawa musibah kepada dirinya dan juga kepada Ariana. Dia tidak sanggup lagi untuk melihat Arian dibelenggu kesedihan. “ Ikram, kau jangan cuba nak lepaskan diri setelah apa yang kau dah buat pada anak aku !!!” jerkah Tan Sri Majid. Datuk Harun dan Datuk Ibrahiim menghampiri Tan Sri Majid. “ Kenapa ni Tan Sri ? Kenapa kita tak bawa berbincang secara baik ?” tegur Datuk Ibrahiim dan Datuk Harun hampir serentak. “ Kau berdua usah nak lindungi anak kamu, si Ikram tu. Ikram tu tak berguna. Adila beritahu aku, yang Ikram ada berbuat perkara tak elok ke atas dirinya. Jangan ingat anak aku tu perempuan murahan !!!” marah Tan Sri Majid. Semua hadirin terkejut. Tidak menduga perkara sebegitu akan terjadi. Lebih – lebih lagi Ariana. Dia menangis semahu – mahunya. Alia sedih melihat nasib yang menimpa Ariana. Datin Raudah memeluk Ariana, memujuknya untuk bersabar. Datin Mariah dengan bengisnya bangun dari tempat duduknya lalu menampar Ikram, kuat seperti di rasuk. Datuk Harun segera mendapatkan isterinya. “ Betulkah apa yang didakwa Tan Sri, Ikram ?” soal Datuk Harun inginkan jawapan dari mulut Ikram sendiri. “ Adila perangkap Ikram, umi, abi. Hari tu, Adila call Ikram, dia kata dia sakit. Ikram takut perkara buruk berlaku ke atasnya, Ikram pergilah rumah dia dan tolong apa yang mampu. Ikram tak sangka pula yang hati Adila sebusuk daging yang sudah berulat. Dia perangkap Ikram, umi !” tegas Ikram. Ariana memandang Adila. Riak wajah Adila jelas menunjukkan dendamnya. “ Kau jangan nak tuduh anak aku yang bukan – bukan !!!” jerkah Tan Sri Majid lagi. Ariana merasakan kepalanya pening. Pandangannya mula terasa kelabu. Ariana pitam.

* * * *

Azroy bergegas menuju ke Terengganu sebaik sahaja Alia menghubunginya dan memberitahunya tentang keadaan Ariana.

Di hospital ….

Datin Raudah dan Datin Mariah menangis teresak – esak. Datuk Harun mundar – mandir ke hulu dan ke hilir. Ikram pula menekup kepalanya. Kesal di atas apa yang telah berlaku. Datuk Ibrahiim pula menunjukkan reaksi tenang namun, di dalam hatinya hanay Tuhan sahaja yang tahu. Azroy tiba di hospital itu dengan nafas tercungap – cungap. Datin Raudah dan Datuk Ibrahiim kehairanan apabila melihat lelaki itu bagai kucing kehilangan anak. Mujurlah, Alia menerangkan hal yang sebenarnya kepada mereka. Alia menangis dan merayu agar kesalahan dirinya diampunkan.

Seorang doktor muda keluar dari bilik rawatan. “ Bagaimana dengan anak saya doktor ?” Datin Raudah menerpa ke arah doktor muda itu. Doktor itu membuka kaca matanya. Kemudian, memandang satu persatu raut wajah setiap orang yang berada di situ. Semuanya jadi berdebar – debar. “ Sebenarnya, anak puan mengidap penyakit barah otak tahap kritikal. Keadaannya yang sentiasa tertekan menyebabkan penyakitnya bertambah teruk. Maaflah. Kami telah cuba sedaya – upaya kami untuk membantunya, namun ... tetapi sekiranya kalian semua membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan ketika masih ditahap yang boleh dirawat, ia tak akan seteruk ini,” beritahu doktor muda itu. Imran dan Azroy bagaikan hendak pengsan mendengar berita itu. Datin Raudah meraung bagaikan orang gila. Datin Mariah, Datuk Harun dan Datuk Ibrahiim cuba menenangkan Datin Raudah. Mereka kesal kerana tidak tahu yang selama ini Ariana menghidap penyakit yang berbahaya itu. Setelah mendapatkan kebenaran, mereka dibenarkan untuk melawat Ariana.

“ Jangan tinggalkan mama, sayang,” ucap Datin Raudah seraya tangannya membelai rambut Ariana. Wajah Ariana pucat. Ariana tersenyum. “ Kak Ia minta maaf banyak – banyak. Kak Ia banyak dosa dengan Iana. Maafkan Kak Ia, ya,” tangis Alia. Azroy memandang sayu wajah Ariana. Ikram menepuk bahu Azroy berkali – kali. Kemudian, Azroy memberanikan diri untuk mendekati Ariana. “ Please, jangan tinggalkan I! Tolong hidup untuk I, Iana. You janji nak sehidup semati dengan I,” bisik Azroy. Ariana tersenyum. “ Maaflah, I tak mampu untuk tunaikannya. Ajal maut, jodoh pertemuan adalah ketentuan Allah s.w.t, sayang. Maafkan Iana. Iana tak mampu kotakan janji. Iana hanya seperti ingin menggapai bintang. Melakukan sesuatu yang Iana tak mungkin akan dapat lakukan. Mama, papa, pak cik, mak cik, Ikram, Kak Ia .. Azroy, ... maafkan Iana. Ampunkan segala dosa Iana. Iana dah cuba lakukan yang terbaik tapi ... Iana tak mampu .. sebab Iana rasa ajal Iana sudah dekat. ...,” balas Ariana dalam nada tersekat-sekat. Semua yang berada disitu, menitiskan air mata. Sedih dengan luahan hati Ariana. Ariana mendongak ke atas. Merenung kipas yang sedang berputar. Kemudian, mulutnya terkumat – kamit. Mengucap dua kalimah syahadah. Kami doakan akan roh kamu akan berada disisi orang yang beriman, Iana.

No comments:

Post a Comment